Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Dulu dan Sekarang

Alhamdulillah..berjumpa lagi di blog ni.ingatkan dah mati tapi cuba dihidupkan kembali sebagai blog kedua selepas blog wanmus.

Blog nih lebih berkongsi kepada hidupku dulu masa masih sebagai student undergraduate..Dan sekarang alhamdulillah sudah bergelar postgraduate student juga masih di UTM.

Sekarang juga sudah didaftarkan syarikat bawah seliaanku sendiri iaitu Wanmus Technologies Enterprise. Syarikat ini mempunyai beberapa cabang dalam bidang IT khususnya.

1) Wanmus Technologies Enterprise – terlibat dalam bisnes offline terutamanya penjualan barang komputer dan network sistem. Baru-baru ni kami sudah berjaya memasang network untuk pejabat AK Architect di JB dengan kos kurang dari RM2000.

2) JOMHosting – antara syarikat web hosting malaysia termurah yang terlibat sebagai syarikat menjual servis web hosting

Sudah berpindah ke wanmus.com

hai geng, laman web blog saya dah berubah ke web yang baru iaitu

www.wanmus.com

@ klik banner di bawah

My First Really JOB

Alhamdulillah..akhirnya bekerja jugak aku..nih syarikat aku CREST EXOTIC SDN BHD..copy-of-logo-crest-copy.gif  logo-cms.jpg

Ayat2 poyo yg artis m’sia cakap..check it out!!

Calon pertama: CHEF WAN
“Tolonglah! ia sebuah kelab tarian dan sudah tentu niat saya pergi ke
sana untuk menari. Bagi saya itu tidak salah kerana niat saya untuk
berhibur sambil bersenam. Bukankah menari satu daripada riadah
seperti aerobik?”,

Calon kedua: MISHA OMAR
“Misha rasa gembira menyambut kemerdekaan negara kali ini kerana kali
ini, dapat berduet ngan abang jamal”.

Calon ketiga: SYANIE
“Syanie…apakah niat anda apabila anda berjaya mengurangkan berat badan”…
Jawapan dari Syanie..”Niat saya yg pertama..ingin memakai bikini di tepi pantai…..” .

 

Calon keempat: AHLI KUMPULAN X FACTOR (tak tau sapa)
“Saya gembira menyambut hari kemerdekaan kita bila negara kita
berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos, 1956,” jawab salah
seorang ahli kump X-Factor apabila ditemubual dalam satu rancangan
khas mengenai kemerdekaan tahun lalu dalam siri “Bersama Norman” yang
disiarkan di TV1.

 

Calon kelima: FIZA
“Fiza pakai seksi sebab bersyukur dengan penberian tuhan”

 

Calon ke enam: anita sarawak
“Petua kecantikan saya baca selawat setiap kali basuh muka”

 

Calon ke tujuh: IFA RAZIAH
“Tak ade lah.. amik air sembayang je” – menjawap soalan kenapa muka nampak berseri-seri

 

Calon ke lapan: JESLINA
saya pakai baju seksi2 kerana malaysia ni panas…hehehehe!

 

Calon ke sembilan: ARTIS2 BARU
“saya masuk dunia seni bukan carik glamor”

Calon ke sepuluh: INA NAIM
“saya buat buku ni untuk menjelaskan segala fitnah yang melanda saya”
“cinta ptama bang…susah nak lupa”…. dan “Jaga mak, jaga mak, jaga mak…..”

 

source:forwarded from email

Pesta Candat Sotong Di Terengganu

Sekitar April hingga Ogos, kawasan perairan Terengganu pada waktu malam tak ubah seperti bandar terapung yang diterangi cahaya lampu daripada bot-bot nelayan.

Kawasan perairan seperti di Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Kemaman, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan sedang berpesta apabila kerlipan cahaya itu menerangi kawasan laut yang sebelum ini gelap-gelita.

Pesta mencandat sotong bermula daripada terbenamnya matahari sehingga fajar menyinsing dan jangan terkejut jika dikatakan seseorang nelayan mampu membawa balik antara sehingga 50 hingga beratus kilogram sotong semalam jika kena lubuknya.

Mencandat sotong adalah satu kaedah tradisi menangkap sotong tanpa menggunakan umpan dan hanya menggunakan sejenis peralatan dinamakan “candat”.

JENIS CANDAT

Alat yang dinamakan candat ini berbentuk umpan tiruan seperti udang diperbuat daripada timah ataupun plastik yang berkilat, bercahaya serta berwarna-warni untuk menarik perhatian sotong yang sifatnya memang tertarik dengan cahaya.

 

Lazimnya candat ini diikat dengan lapan hingga 10 mata pancing. Antara nama candat yang biasa digunakan ialah candat buntal, twist, udang, umpan dan candat Siam.

Perbezaan candat-candat ini dari segi bentuk dan penggunaannya bergantung kepada kesesuaian dan jenis sotong yang dicandat sama ada sotong torok, cumit-cumit, ketupat dan sotong jarum, mengabang, sotong katak, dan sebagainya.

“Setiap kali mencandat, kita menggunakan lampu kalimantang yang disuluh ke laut untuk menarik perhatian sotong. Candat itu akan dicampak ke dalam air sehingga ke dasar sebelum diangkat balik sepanjang sedepa.”

“Ketika itulah kita perlu menggerak-gerakkan candat tadi dengan menarik-narik talinya supaya ia kelihatan seolah-olah umpan hidup untuk `menipu’ sotong yang kemudian akan menyambar umpan tiruan tersebut,” katanya.

13 jam mencandat sotong..

13 Jam Candat Sotong

5.30 ptg : berkumpul di jeti LKIM Chendering

6.00ptg: mula bergerak ke kapal Jabatan Perikanan dengan sebuah speed bot.kapal nih dibuat pada tahun 1992 dengan kerjasama kerajaan Jepun..tp kukuh sampai sekarang..kelajuanya hanya 19 knot maksimum..tp cukup tahan enjin n badannya.

picture141.jpg

6.10ptg:bergerak ke perairan Pulau Kapas,Marang,Terengganu..best sebab naik bot besar..tak pening,hehehe

picture145.jpg

6.40ptg:dalam on the way ke tempat candat tuh,dalam bot disediakan minum ptg..best kat dalam air-cond kat kafe kecik dalam kapal tuh..nih gambanya

picture146.jpg picture147.jpg

7.00ptg: dah sampaikat tempat candat,semua berebut naktest power candat..tapi aku jugak yang dapat angkat sotong ke kapal pertama..hehehe..walaupun nih kali pertama aku mencandat sotong..

7.50ptg:syok2 mencandat,semayang x lupe..semayang dalam bilik crew kapal..air cond tuh tp pening sbb arus kuat maser tu,kapal bergerak2..nih gambar dalam bilik crew..

picture154.jpg

8.45mlm:tengah syok mencandat,isyak pun dah masuk..nak gih semayang tp nk gih toilet dulu..terkejut aku toilet dia..yerlah air flush dia gerakx henti2 sebab pakai sedut air laut.pastuh tingkap tuh sebangai pengudaraan..best giler cume sempit sikitlah..hehehhe

picture156.jpg

10mlm:nilah gambar orang2 duk candat..ngantuk pun wat x layan..yg layan bile dapat tangkap sotong… kitorg pun candat sotong sampai pag..

picture158.jpg

6.20pg:candat sotong time nilah best sbb sotong banyak giler..x menang tangan kitorg walaupun ngantuk n dah letih satu badan..badan pun dah bau sotong..sotong paling banyak waktu maghrib n subuh…

picture161.jpg

7.00pg:bertolak balik ke jeti Chendering..perghhh..penat giler rasa badan..badan pun dah x bau manusia.. heheheh

8.00pg:sampaike jeti Chendering..nilah hasil tangkapan sotong kami..

picture164.jpg

Kristian agama penyelamat??

Petikan dari bible:

Ketahuilah hanya Kristian yang dapat menyelamatkan kamu dari api
neraka, “Yesus: ‘Tidak ada seorangpun yang dapat datang kepada Allah,
jikalau tidak melalui saya’”…

- Bukalah mata, bahawa seseorang Muslim yang telah memeluk agama Kristian adalah:
a) Tanpa paksaan
b) Tidak perlu berperang ataupun memerangi orang lain
c) Menganggap semua manusia adalah bersaudara dan berasal daripada adam & hawa – Kalau Islam, hanya sesama muslim sahaja bersaudara dan yang bukan muslim adalah musuh dan harus diperangi walaupun adik-beradik.
d) Tidak perlu mati syahid(meletupkan diri) untuk membunuh orang lain yang tidak bersalah, sebaliknya sanggup mati demi keamanan.
e) Kristian beranggapan bahawa dunia ini adalah milik Allah dan didiami oleh manusia secara berkongsi – Umat Islam beranggapan bahawa hanya Muslim sahaja yang layak menduduki muka bumi ini dan yang bukan muslim harus dilenyapkan dari muka bumi ini.
f) Kerajaan Islam Malaysia telah membuat pelbagai cara, bagi duit, biasiswa, kemudahan, keistimewaan, menyekat Muslim daripada murtad, menyekat aktiviti keagamaan Kristian, menangkap para Paderi, memberi pelbagai tekanan terhadap Non-Muslim… Tetapi Muslim masih Murtad, kenapa ?
Sebab terlalu banyak perkara mengarut dalam Islam dan, tetapi Kristian tidak perlu main paksa, tidak perlu beri duit, tidak perlu keistimewaan tetapi tetap juga Muslim mahu menganuti agama Kristian kerana hanya dalam Kristian terdapat penyelamatan dan jalan kebenaran…. Nabi Muhamad sendiri tidak pernah yakin untuk masuk Syurga malah minta didoakan oleh kita agar dia boleh masuk syurga, jadi kalau dia pun tidak dapat masuk syurga apalagi kamu bernafsu mahu masuk syurga… Malah Nabi Muhamad sendiri telah mengatakan dengan sejelas-jelasnya bahawa Yesus(Isa anak Maryam) lah yang akan datang untuk membuat pengadilan pada hari Kiamat nanti bukan Nabi Muhamad(juga akan dihakimi oleh Yesus)… ingatlah “Yesus: ‘Tidak ada seorangpun yang dapat datang kepada Allah, jikalau tidak melalui saya’”…

Sahabat-sahabat..nih antara petikan pamplet edaran mubaligh kristian…kenapa dia bagi kepada semua orang? Nih lah yang dikatakan perang psikologi oleh orang kafir untuk mengkristiankan orang-orang Islam terutama kepada yang cetek ilmu dan iman…Selamatkanlah umat islam seluruh dunia Ya Allah

Kecik-kecik dah pandai goyang inul…

nih video yang ditangkap oleh penulis semasa ujibakat sinaran pasport kegemilangan di Plaza Angsana Mei 2007.perghhh..terkejut gak tengok budak ni kecik-kecik dah pandai gelek tahap patah pinggang..fuhhhh…Ape komen anda kalau anak anda jadi macam nih? Ada orang disekeliling kata sebab ajaran mak bapak dia..betul ker?…

Jagalah anak kita baik2..pastikan ajaran yang terbaik kite bagi kat anak..mesti semua sokong kan?moga2 Allah akan membentuk generasi depan dengan lebih elok..tapi boleh ke kalau kite doa saja?tepuk dada tanya selera…

Fikir-fikirkanlah…

Children of Palestinian Suicide Bomber

There are too young to understand what the life they are having just now..

HELP THEM!!!

Promosi E-Kamus Pro 5.02.03

PROMOSI!! [UPDATED]

e-kamus 5.02 professional
(18 kamus dalam 1)
Hanya RM 85

KEISTIMEWAAN E-KAMUS DAPAT MEMBANTU ANDA

Pencarian makna KURANG DARI SESAAT.
Membantu
menambah perbendaharaan kata dalam masa yang singkat.
Pembelajaran bahasa menjadi
lebih mudah dan menyeronokkan.
Membetulkan
KESALAHAN EJAAN dalam MS Word.
Menjimatkan
masa dan kos.
TERBARU! DENGAN SEBUTAN ENGLISH (UK).
Update PERCUMA.

18 KAMUS DALAM 1 :

KAMUS INGGERIS-MELAYU(DBP) | MELAYU-ENGLISH(KM) | ENGLISH-MALAY(AT) | MELAYU-ARAB | KAMUS DEWAN | ENGLISH (OXFORD) | ENGLISH (PETER COLLIN) | KAMUS ISTILAH SAINS(DBP) | KAMUS ISTILAH MATEMATIK | KAMUS ISTILAH KEJURUTERAAN | KAMUS ISTILAH KOMPUTER | DICTIONARY OF MEDICINE | DICTIONARY OF COMPUTER | MALAY-ENGLISH(AT) | ENGLISH-MALAY(TIMES) | ENGLISH-INDONESIA | INDONESIA-ENGLISH | MELAYU-CINA

Untuk maklumat lanjut, layari www.e-kamus.com.my

mula akan dapat (13 kamus), update untuk (18 kamus) di http://online-kamus.serveftp.com

pembelian melalui laman lain berharga RM 80 – 90
(lepas diskaun dari harga sebenar iaitu RM 110)

HARGA KAMI HANYA RM85
untuk pertanyaan, hubungi melalui emel : wmm_1@hotmail

atau klik disini

Next Page »